17 Disember 2011

rancangan pengajaran harian

Mata pelajaran : BAHASA MELAYU


Tahun                   : 1


Masa                     : 60 minit


Tema                     : Permainan


Tajuk                     : Layang-layang


Fokus Utama     : 4.1 – menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian didik hibur.


Standard Pembelajaran : 4.1.2 – menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.


Fokus sampingan : 1.5 – bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.


Standard pembelajaran : 1.5.1 – bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal.


Objektif               : pada akhir pengajaran murid dapat;


i.                     Menyebut dengan jelas seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur.


ii.                   Bercerita tentang laying-layang berdasarkan gambar dengan sebutan yang jelas menggunakan ayat tunggal.


Pentaksiran :  murid diminta menyebut dengan jelas seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku mengikut kreativiti murid.


fasa
Cadangan aktiviti
Catatan
Fasa persediaan
a.       Guru memaparkan laying-layang dalam bentuk gambar atau bahan maujud kepada murid.
b.      Murid memerhati objek atau gambar tersebut dan menjalankan aktiviti sumbang saran.
Contoh soalan untuk aktiiti sumbang saran:
-          Apakah yang kamu lihat?
-          Pernahkah kamu bermain permainan ini?
-          Di manakah tempat yang sesuai untuk bermainan permainan ini?



Bahan maujud:
Layang-layang


Fasa imaginasi
a.       Guru memaparkan seni kata lagu dalam papan hitam.
b.      Murid diminta menyebut seni kata lagu tersebut dengan bimbingan guru.
c.       Murid diminta menyebut semula seni kata lagu tersebut secara individu, kumpulan dan kelas sambil menggayakannya.
d.      Murid diminta menyanyikan lagu tersebut mengikut lagu yang diperdengarkan melalui pita rakaman.
e.      Murid diminta menyanyikan lagu tersebut sekali lagi sambil melakukan gerak laku yang bersesuaian dengan seni kata dan irama lagu tersebut.
f.        Murid bercerita tentang bentuk dan warna layang-layang yang ingin dihasilkan.

Lampiran 2
Senikata lagu :

Layang-layangku sayang,
Terbang megah di awan,
Hati tak terkira riang,
Bermain bersama kawan.









16 Disember 2011

Rancangan Pengajaran Harian (pengajaran mikro)

Mata pelajaran          : Bahasa Melayu

Tahun            : 2 Bijak

Bilangan pelajar : 12 orang

Tarikh             :27 Oktober 2011

Masa  : 8.50 – 9-50 pagi

Tajuk  : Imbuhan awalan

Fokus utama                       :

Standard Kandungan    : 5.2- Memahami dan menggunkaan pembentukan kata yang

                                          sesuai dalam pelbagai situasi dengan baik.

Standard Pembelajaran: 5.2.1- Memahami dan menggunakan imbuhan awalan dan

                                                  akhiran dengan betul dalam pelbagai konteks.

Fokus Sampingan :

Standard Kandungan:    3.5- Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara

                                          daripada pelbagai sumber.

Standard Pembelajaran : 3.5.2 – mencatat maklumat yang betul untuk diklasifikasikan

                                                daripada pelbagai sumber.

Objektif           : Pada akhir pengajaran murid dapat:

i.              Menyatakan dan menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul.

ii.            Mengklasifikasikan perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran yang diberi.

Pentaksiran : Murid diminta mencatat perkataan untuk diklasifikasikan berimbuhan

                        awalan dan akhiran dalam latihan yang diberi



Nilai    :          bekerjasama , patuh pada arahan, member perhatian, menghormati,

                      bertanggungjawab.

KBKK :          menjana idea, menghuraikan, mengkategorikan, membuat kesimpulan

                       Pengetahuan sedia ada: murid-murid sudah diajar tentang kata dasar

                       dan imbuhan.



fasa
Cadangan aktiviti
catatan
Fasa Imaginasi
-penjanaan  idea
-sintesis
c. murid diminta untuk menampal gambar di papan tulis.
d. guru meminta beberapa orang murid lagi mengambil kad perkataan.
e. murid diminta untuk membaca dan menampal kad perkataan tersebut berdasarkan gambar yang betul.
f. guru menunjukkan contoh imbuhan yang terdapat di dalam kad perkataan tersebut.
g. murid mengeja dan menyebut perkataan yang berimbuhan awalan.

Lampiran 2
Kad perkataan
-melompat
-berlari
-bersenam
-menari
-menanduk
           -menendang
Refleksi pengajaran




 
3.0       REFLEKSI MIKROTEACING
3.1       KEKUATAN
Melalui pengajaran mikro ini saya telah memilih Kompenen Kemahiran Penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Saya telah menggunakan gambar bersiri serta kad ayat sebagai bahan bantu mengajar. Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan pengajaran saya ini ialah prinsip bahan bantu mengajar ini menarik dan boleh memberi ransangaan kepada murid. Kesesuaian bahan yang digunakan juga sesuai dengan objektif pelajaran pada hari tersebut iaitu murid dapat menyusun cerita berdasarkan urutan yang betul. Bahan bantu belajar ini juga mencabar minda murid untuk timbul rasa ingin tahu tentang perkara yang berlaku berdasarkan gambar tersebut. Perkara ini penting kerana murid-murid akan dapat menggunakan daya pemikiran mereka apabila sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Bahan yang digunakan juga sesuai dari segi saiz yakni murid-murid dapat melihat bahan yang disampaikan dengan jelas. Penggunaan fungsi bahan juga telah melibatkan semua murid secara aktif. Penglibatan murid secara aktif dapat membantu menguatkan lagi kefahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang guru sampaikan pada hari tersebut. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
           
3.2       KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan  ialah penggunaan bahan bantu belajar yang terhad. Warna yang digunakan juga kurang menarik dan pelbagai. Teknik penyampaian yang saya gunakan juga didapati masih lemah. Kelemahan dari segi penyampaian saya berlaku kerana saya berasa kekok untuk beraksi di hadapan kamera.

3.3       LANGKAH MENGATASI
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran mikro, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah perlu pelbagaikan bahan bantu mengajar. Kepelbagaian bahan yang digunakan mampu menarik minat murid untuk mengikuti setiap aktiiti yang dilakukan. Warna juga perlu dititikberatkan kerana kanak-kanak lebih suka benda yang berwarna-warni. Teknik penyampaian guru juga amat perlu dipertingkatkan dan berkeyakinan tinggi tidak mengira apa pun situasi supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Kesimpulannya, penghasilan bahan bantu mengajar amat mementingkan semua aspek supaya murid-murid dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.