Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 2 Bijak
Bilangan pelajar : 12 orang
Tarikh :27 Oktober 2011
Masa : 8.50 – 9-50 pagi
Tajuk : Imbuhan awalan
Fokus utama :
Standard Kandungan : 5.2- Memahami dan menggunkaan pembentukan kata yang
sesuai dalam pelbagai situasi dengan baik.
Standard Pembelajaran: 5.2.1- Memahami dan menggunakan imbuhan awalan dan
akhiran dengan betul dalam pelbagai konteks.
Fokus Sampingan :
Standard Kandungan: 3.5- Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber.
Standard Pembelajaran : 3.5.2 – mencatat maklumat yang betul untuk diklasifikasikan
daripada pelbagai sumber.
Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat:
i. Menyatakan dan menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul.
ii. Mengklasifikasikan perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran yang diberi.
Pentaksiran : Murid diminta mencatat perkataan untuk diklasifikasikan berimbuhan
awalan dan akhiran dalam latihan yang diberi
Nilai : bekerjasama , patuh pada arahan, member perhatian, menghormati,
bertanggungjawab.
KBKK : menjana idea, menghuraikan, mengkategorikan, membuat kesimpulan
Pengetahuan sedia ada: murid-murid sudah diajar tentang kata dasar
dan imbuhan.
fasa | Cadangan aktiviti | catatan |
Fasa Imaginasi -penjanaan idea -sintesis | c. murid diminta untuk menampal gambar di papan tulis. d. guru meminta beberapa orang murid lagi mengambil kad perkataan. e. murid diminta untuk membaca dan menampal kad perkataan tersebut berdasarkan gambar yang betul. f. guru menunjukkan contoh imbuhan yang terdapat di dalam kad perkataan tersebut. g. murid mengeja dan menyebut perkataan yang berimbuhan awalan. | Lampiran 2 Kad perkataan -melompat -berlari -bersenam -menari -menanduk -menendang |
Refleksi pengajaran | |
3.0 REFLEKSI MIKROTEACING
3.1 KEKUATAN
Melalui pengajaran mikro ini saya telah memilih Kompenen Kemahiran Penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Saya telah menggunakan gambar bersiri serta kad ayat sebagai bahan bantu mengajar. Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan pengajaran saya ini ialah prinsip bahan bantu mengajar ini menarik dan boleh memberi ransangaan kepada murid. Kesesuaian bahan yang digunakan juga sesuai dengan objektif pelajaran pada hari tersebut iaitu murid dapat menyusun cerita berdasarkan urutan yang betul. Bahan bantu belajar ini juga mencabar minda murid untuk timbul rasa ingin tahu tentang perkara yang berlaku berdasarkan gambar tersebut. Perkara ini penting kerana murid-murid akan dapat menggunakan daya pemikiran mereka apabila sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Bahan yang digunakan juga sesuai dari segi saiz yakni murid-murid dapat melihat bahan yang disampaikan dengan jelas. Penggunaan fungsi bahan juga telah melibatkan semua murid secara aktif. Penglibatan murid secara aktif dapat membantu menguatkan lagi kefahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang guru sampaikan pada hari tersebut. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
3.2 KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan ialah penggunaan bahan bantu belajar yang terhad. Warna yang digunakan juga kurang menarik dan pelbagai. Teknik penyampaian yang saya gunakan juga didapati masih lemah. Kelemahan dari segi penyampaian saya berlaku kerana saya berasa kekok untuk beraksi di hadapan kamera.
3.3 LANGKAH MENGATASI
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran mikro, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah perlu pelbagaikan bahan bantu mengajar. Kepelbagaian bahan yang digunakan mampu menarik minat murid untuk mengikuti setiap aktiiti yang dilakukan. Warna juga perlu dititikberatkan kerana kanak-kanak lebih suka benda yang berwarna-warni. Teknik penyampaian guru juga amat perlu dipertingkatkan dan berkeyakinan tinggi tidak mengira apa pun situasi supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Kesimpulannya, penghasilan bahan bantu mengajar amat mementingkan semua aspek supaya murid-murid dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan