17 Disember 2011

rancangan pengajaran harian

Mata pelajaran : BAHASA MELAYU


Tahun                   : 1


Masa                     : 60 minit


Tema                     : Permainan


Tajuk                     : Layang-layang


Fokus Utama     : 4.1 – menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian didik hibur.


Standard Pembelajaran : 4.1.2 – menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.


Fokus sampingan : 1.5 – bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.


Standard pembelajaran : 1.5.1 – bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal.


Objektif               : pada akhir pengajaran murid dapat;


i.                     Menyebut dengan jelas seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur.


ii.                   Bercerita tentang laying-layang berdasarkan gambar dengan sebutan yang jelas menggunakan ayat tunggal.


Pentaksiran :  murid diminta menyebut dengan jelas seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku mengikut kreativiti murid.


fasa
Cadangan aktiviti
Catatan
Fasa persediaan
a.       Guru memaparkan laying-layang dalam bentuk gambar atau bahan maujud kepada murid.
b.      Murid memerhati objek atau gambar tersebut dan menjalankan aktiviti sumbang saran.
Contoh soalan untuk aktiiti sumbang saran:
-          Apakah yang kamu lihat?
-          Pernahkah kamu bermain permainan ini?
-          Di manakah tempat yang sesuai untuk bermainan permainan ini?



Bahan maujud:
Layang-layang


Fasa imaginasi
a.       Guru memaparkan seni kata lagu dalam papan hitam.
b.      Murid diminta menyebut seni kata lagu tersebut dengan bimbingan guru.
c.       Murid diminta menyebut semula seni kata lagu tersebut secara individu, kumpulan dan kelas sambil menggayakannya.
d.      Murid diminta menyanyikan lagu tersebut mengikut lagu yang diperdengarkan melalui pita rakaman.
e.      Murid diminta menyanyikan lagu tersebut sekali lagi sambil melakukan gerak laku yang bersesuaian dengan seni kata dan irama lagu tersebut.
f.        Murid bercerita tentang bentuk dan warna layang-layang yang ingin dihasilkan.

Lampiran 2
Senikata lagu :

Layang-layangku sayang,
Terbang megah di awan,
Hati tak terkira riang,
Bermain bersama kawan.